Sunday, 2 July 2017

Assalammualaikum semua,

Terima kasih sebab sudi jengah blog Homestay Anak Ibu (HAI) .  So, untuk entry kali ni HAI nak share tentang salah satu tempat menarik di Taiping iaitu Muzium Matang.


Muzium Matang ni terletak di Matang lebih kurang 12km dari Taiping, Perak. Asalnya bangunan ni dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim. Bangunan ni dibina oleh Ngah Ibrahim, Orang Kaya dalam Taiping sekitar tahun 1854. Siapa Ngah Ibrahim? Macam mana boleh kaya?? okey ~~

Ngah Ibrahim ni sebenarnya anak kepada Long Jaafar, orang Melayu pertama pada tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama.

Bangunan ini merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut pada waktu tu.




Berdasarkan sejarah, Ngah Ibrahim merupakan orang paling kaya di Larut sampai dikenali sebagai Raja Larut. Dia jugalah yang membawa masuk pelombong-pelombong dari Cina untuk bekerja di lombong bijih timah milik keluarga dia. ~~ perghh kaya ..

Apapun, akibat Perjanjian Pangkor 1874, secara halus menghakis kuasa Ngah Ibrahim sebagai pemerintah Larut terutama berkaitan urusan pengutipan cukai. Makin teruk apabila pembantu Inggeris yang dilantiknya, Kapten T.C.S Speedy, berpaling tadah mengambil alih kota tersebut. Maka bertukarlah status bangunan tersebut sebagai kediaman dan pejabat mahkamah Speedy yang dilantik secara rasmi sebagai Penolong Residen Perak.









Ini yang menyebabkan Ngah Ibrahim dan beberapa pengikutnya memberontak sehingga berlakulah kes pembunuhan J.W.W Birch

Mengikut sejarah , Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Endut dan beberapa pejuang Melayu yang dituduh membunuh dipenjarakan di salah sebuah ruang bilik di bangunan ni pada Julai 1876 manakala Ngah Ibrahim bersama 40 orang Melayu yang lain pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles, Singapura kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan Birch.

Ngah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada 4 Februari 1895. Beliau dimakamkan selama 110 tahun di Singapura namun atas amanat beliau menyebabkan cucu cicitnya menginginkan jenazahnya disemadikan di kota yang dibinanya sendiri pada 9 September 2006.

So skrg jom kita tengok~~Apa yang ada dalam muzium ni?? Muzium ni sebenarnya menceritakan sebuah kisah yang panjang tentang sejarah bangunan ini sendiri. Memandangkan bangunan ni mempunyai beberapa fungsi maka, ada sudut2 yang menceritakan tentang fungsi bangunan mengikut zaman nya.

Bermula sebagai rumah dan tempat tinggal Ngah Ibrahim, ada satu bahagian menunjukkan bilik tidur beliau dalam rumah ini.
Atas ni gambar bilik tidur Ngah Ibrahim, kalau ikut cerita orang tempatan, ada lah beberapa perkara mistik yang berlaku. Antaranya bila dah siap dikemas, katil ni kembali berselerak seolah2 ada yang tidur di atasnya.. huhuhu~~ wallahualam.




Gambar atas ni menunjukkan suasana sekitar tahun 1874 semasa bangunan ni menjadi pejabat Penolong Residen Perak, Kapten Speedy. Rumah Kapten Speedy pun ada tau sebelah je dengan Muzium Matang ni.



Ini pula gambaran suasana semasa bangunan ni dijadikan mahkamah pada 1876. Mahkamah disinilah yang membicarakan Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Endut dan pengikut-pengikut lain yang terlibat dengan pembunuhan Birch.Hasil perbicaraan, Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor telah dihukum gantung di hadapan kota ini. Pokok tempat penggantungan dan makam Datuk Sagor masih terdapat sehingga kini di sekitar kota.




 Gambar ni menunjukkan suasana ketika kota ni menjadi penjara yang memenjarakan pejuang-pejuang Perak pada waktu tu.
Gambar atas ni menujukkan suasana pendidikan di dalam kota ini. Sekitar tahun 1913 hingga 1922, terlakarnya sejarah penting membabitkan kota tersebut apabila ia secara rasmi bertindak sebagai Maktab Perguruan Melayu pertama di Tanah Melayu. Tapi bila Jepun datang, diorg pula gunakan bangunan ni sebagai markas tentera Jepun. Apapun, bila Jepun dah keluar, bangunan ni kembali menjadi satu pusat ilmu. Sekolah Kebangsaan Matang beroperasi sekitar tahun 1946 hingga 1983. Atok HAI pun pernah mengajar di sekolah ni .Kalau ikut info abah bagi sampai tahun 1969 atok mengajar kat sekolah ni~~ bangga sat . hehe


 Ini rumah Kapten Speedy, yang tikam belakang Ngah Ibrahim tu.. bukan main ye rumah dia~~ huhu

So kepada sesiapa yang balik kampung, or bercuti di Taiping, xrugi pun datang sini untuk ambil ilmu. Orang kita sebenarnya hebat-hebat. Cuma mungkin tertipu dan terpedaya dengan janji manis dan pujukan yang lebat. Maka sama-sama kita ambil iktibar dari kisah sejarah .

Perlukan tempat tinggal semasa bercuti di Taiping :
Boleh layari laman Fb kami https://www.facebook.com/HomestayAnakIbu/
atau hubungi 011-1144 6522 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :)

No comments:

Post a Comment