Sunday, 2 July 2017

Assalammualaikum semua,

Terima kasih sebab sudi jengah blog Homestay Anak Ibu (HAI) .  So, untuk entry kali ni HAI nak share tentang salah satu tempat menarik di Taiping iaitu Muzium Matang.


Muzium Matang ni terletak di Matang lebih kurang 12km dari Taiping, Perak. Asalnya bangunan ni dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim. Bangunan ni dibina oleh Ngah Ibrahim, Orang Kaya dalam Taiping sekitar tahun 1854. Siapa Ngah Ibrahim? Macam mana boleh kaya?? okey ~~

Ngah Ibrahim ni sebenarnya anak kepada Long Jaafar, orang Melayu pertama pada tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama.

Bangunan ini merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut pada waktu tu.




Berdasarkan sejarah, Ngah Ibrahim merupakan orang paling kaya di Larut sampai dikenali sebagai Raja Larut. Dia jugalah yang membawa masuk pelombong-pelombong dari Cina untuk bekerja di lombong bijih timah milik keluarga dia. ~~ perghh kaya ..

Apapun, akibat Perjanjian Pangkor 1874, secara halus menghakis kuasa Ngah Ibrahim sebagai pemerintah Larut terutama berkaitan urusan pengutipan cukai. Makin teruk apabila pembantu Inggeris yang dilantiknya, Kapten T.C.S Speedy, berpaling tadah mengambil alih kota tersebut. Maka bertukarlah status bangunan tersebut sebagai kediaman dan pejabat mahkamah Speedy yang dilantik secara rasmi sebagai Penolong Residen Perak.









Ini yang menyebabkan Ngah Ibrahim dan beberapa pengikutnya memberontak sehingga berlakulah kes pembunuhan J.W.W Birch

Mengikut sejarah , Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Endut dan beberapa pejuang Melayu yang dituduh membunuh dipenjarakan di salah sebuah ruang bilik di bangunan ni pada Julai 1876 manakala Ngah Ibrahim bersama 40 orang Melayu yang lain pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles, Singapura kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan Birch.

Ngah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada 4 Februari 1895. Beliau dimakamkan selama 110 tahun di Singapura namun atas amanat beliau menyebabkan cucu cicitnya menginginkan jenazahnya disemadikan di kota yang dibinanya sendiri pada 9 September 2006.

So skrg jom kita tengok~~Apa yang ada dalam muzium ni?? Muzium ni sebenarnya menceritakan sebuah kisah yang panjang tentang sejarah bangunan ini sendiri. Memandangkan bangunan ni mempunyai beberapa fungsi maka, ada sudut2 yang menceritakan tentang fungsi bangunan mengikut zaman nya.

Bermula sebagai rumah dan tempat tinggal Ngah Ibrahim, ada satu bahagian menunjukkan bilik tidur beliau dalam rumah ini.
Atas ni gambar bilik tidur Ngah Ibrahim, kalau ikut cerita orang tempatan, ada lah beberapa perkara mistik yang berlaku. Antaranya bila dah siap dikemas, katil ni kembali berselerak seolah2 ada yang tidur di atasnya.. huhuhu~~ wallahualam.




Gambar atas ni menunjukkan suasana sekitar tahun 1874 semasa bangunan ni menjadi pejabat Penolong Residen Perak, Kapten Speedy. Rumah Kapten Speedy pun ada tau sebelah je dengan Muzium Matang ni.



Ini pula gambaran suasana semasa bangunan ni dijadikan mahkamah pada 1876. Mahkamah disinilah yang membicarakan Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Endut dan pengikut-pengikut lain yang terlibat dengan pembunuhan Birch.Hasil perbicaraan, Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor telah dihukum gantung di hadapan kota ini. Pokok tempat penggantungan dan makam Datuk Sagor masih terdapat sehingga kini di sekitar kota.




 Gambar ni menunjukkan suasana ketika kota ni menjadi penjara yang memenjarakan pejuang-pejuang Perak pada waktu tu.
Gambar atas ni menujukkan suasana pendidikan di dalam kota ini. Sekitar tahun 1913 hingga 1922, terlakarnya sejarah penting membabitkan kota tersebut apabila ia secara rasmi bertindak sebagai Maktab Perguruan Melayu pertama di Tanah Melayu. Tapi bila Jepun datang, diorg pula gunakan bangunan ni sebagai markas tentera Jepun. Apapun, bila Jepun dah keluar, bangunan ni kembali menjadi satu pusat ilmu. Sekolah Kebangsaan Matang beroperasi sekitar tahun 1946 hingga 1983. Atok HAI pun pernah mengajar di sekolah ni .Kalau ikut info abah bagi sampai tahun 1969 atok mengajar kat sekolah ni~~ bangga sat . hehe


 Ini rumah Kapten Speedy, yang tikam belakang Ngah Ibrahim tu.. bukan main ye rumah dia~~ huhu

So kepada sesiapa yang balik kampung, or bercuti di Taiping, xrugi pun datang sini untuk ambil ilmu. Orang kita sebenarnya hebat-hebat. Cuma mungkin tertipu dan terpedaya dengan janji manis dan pujukan yang lebat. Maka sama-sama kita ambil iktibar dari kisah sejarah .

Perlukan tempat tinggal semasa bercuti di Taiping :
Boleh layari laman Fb kami https://www.facebook.com/HomestayAnakIbu/
atau hubungi 011-1144 6522 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :)

Tuesday, 20 June 2017

Lokasi Homestay Anak Ibu Taiping Kamunting

Homestay Anak Ibu terletak di Taman Larah Aman, sebuah taman perumahan baru di Changkat Larah, Kamunting.

Kedudukan taman perumahan yang strategik di tepi jalan utama memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi homestay ini apabila bercuti nanti..

Jarak antara Homestay Anak Ibu dengan tempat2 utama di Taiping adalah seperti di bawah :

12km dari Plaza Tol Kamunting
14km dari Plaza Tol Bukit Merah
7km ke pekan Kamunting
10km ke pekan Taiping
12km ke Batu Kurau
10km ke Taman Tasik Taiping
10km ke Zoo Taiping dan Night Safari
13km ke Bukit Merah Lake Town Resort
23km ke restoran Mee Udang Kuala Sepetang
12km ke Hospital Taiping
4km ke Kolej Vokasional Taiping
5km ke Kolej Komuniti Taiping

Bagi yang suka membeli belah, lokasi Homestay Anak ibu ke tempat membeli belah utama di Taiping adalah seperti berikut :
8km ke Aeon Mall Taiping
9km ke Tesco Taiping / Taiping Sentral
11km ke Taiping Mall
7km ke The Store Kamunting
11km ke The Store Taiping
13km ke Giant Hypermarket
7km ke Econsave Kamunting


So apa tunggu lagi.. Jom bercuti di Taiping bersama Homestay Anak Ibu 😍😍





Boleh layari laman Fb kami https://www.facebook.com/HomestayAnakIbu/
atau hubungi 011-1144 6522 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :)

Gantung Kunci Ikut Mood 😂😂

Lagi beberapa hari je nak raya..

Mana 1 agaknya yaa mood anda bila melangkah masuk ke Homestay Anak Ibu Taiping Kamunting?? 😉😉



Keep Calm, Choose Your Mood & Hang Your Keys 😘






Boleh layari laman Fb kami https://www.facebook.com/HomestayAnakIbu/
atau hubungi 011-1144 6522 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :)

Homestay Anak Ibu Taiping Kamunting

Assalammualaikum semua :)
Alhamdulillah~~ Homestay Anak Ibu Taiping Kamunting telah pun mula beroperasi.. 😊😊

Rumah teres 2tingkat dengan 4bilik dan 2bilik air ini lengkap dengan semua keperluan asas.

2 bilik katil queen lengkap dengan penghawa dingin..
1 bilik katil bujang
1 bilik surau dilengkapi toto, selimut, bantal extra dan keperluan solat
Ruang tamu dengan sofa bed dan Astro njoi
Dapur lengkap dengan meja makan ,peti ais, mesin basuh dan keperluan memasak

Semua ini hanya pada harga promosi RM180 UNTUK 1 MALAM 😱😱😱😱😱😱
eh.. Lebih dari 1 malam boleh dpt murah lg tau..
RM350 untuk 2malam
RM510 untuk 3malam
Dan hanya RM160 1 malam UNTUK  4 MALAM KEATAS 😍😍


 Ruang Tamu Lengkap dengan Sofa Bed dan Astro Njoi


Our Country Style Room 

Our Laundry Area

Our Cafe Look Kitchen
 Ruang Rehat Di Tingkat Atas


Bilik Air Aras Atas

Bilik Ke4 Dijadikan Ruang Solat dan Disediakan Bantal, Selimut dan Toto serta Kelengkapan Solat


Our Modern Style Room
  Bilik Air Aras Bawah
Our Bachelors Room 

Boleh layari laman Fb kami https://www.facebook.com/HomestayAnakIbu/
atau hubungi 011-1144 6522 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :)